Sewaktu aku belajar dahulu, aku pernah
menggunakan “Bubu” sebagai rujukan dan kajian utama aku bagi menghasilkan
sesebuah seni arca. Ini kerana aku tertarik dengan aliran ‘konstruktivisme’
yang memberi tumpuan kepada susun atur,
teknik dan penggunaan bahan. Aku tertarik dengan ‘bubu’ kerana konsepnya jelas
merentasi peranannya sebagai perangkap ikan semata-mata , malah konsep ini
boleh dikembangkan dalam aliran seni tampak yang lain.
No comments:
Post a Comment