Thursday, 13 February 2014

Antara hasil kerjatanganku


Sewaktu aku belajar dahulu, aku pernah menggunakan “Bubu” sebagai rujukan dan kajian utama aku bagi menghasilkan sesebuah seni arca. Ini kerana aku tertarik dengan aliran ‘konstruktivisme’ yang memberi tumpuan kepada  susun atur, teknik dan penggunaan bahan. Aku tertarik dengan ‘bubu’ kerana konsepnya jelas merentasi peranannya sebagai perangkap ikan semata-mata , malah konsep ini boleh dikembangkan dalam aliran seni tampak yang lain.
Menurut Antoine Pevsner dan Naum Gabo lagi ;
 And we do not measure our work by the yardstick of beauty, we do not weigh it on then scales of tenderness and feeling. The plumb line in hand, the look accurate as a ruler, the mind rigid as a compass , we are building our works as the universe builds. This is why, when we represent objects , we are tearing up the labels their owners gave them, everything that is accidental and local, leaving them with just their essence and their permanence, to bring out the rhythm of the forces that hide in them”
Beliau kemudiannya telah bergabung dengan Antoine Pevsner dan Naum Gabo , yang telah menerbitkan “Realist Manifesto” pada tahun 1920 . Naum Gabo telah dianggap sebagai orang yang paling produktif dalam menghasilkan pelbagai karya yang cukup menakjubkan melalui aliran yang mereka pelopori ini . Dalam menifesto bersama abangnya itu, Antoine Pevsner, mereka menyatakan bahawa ;

We proclaim; for us, space and time are born today. Space and time, the only forms, therefore, where art should be erected”.
Vladimir Tatlin telah menegaskan bahawa ;

 “…to combine actual material through careful construction, where the real space between them would be treated as a pictorial elements, thus forcing their inter-relationship as an important aesthetic consideration”.

Aliran dalam seni arca

Aku tertarik kepada satu aliran yang seringkali digunakan dalam menghasilkan seni arca. Aliran ini dikenali sebagai “Konstruktivisme”. Untuk makluman anda, aliran ini lebih memberi tumpuan kepada susun atur, teknik dan penggunaan bahan bagi membolehkan penghasilan sesuatu karya tersebut. Aliran ini telah dipelopori di Rusia oleh Vladimir Tatlin pada tahun 1914 . Aliran ini memberi nafas baru dengan menggunakan konsep nilai-nilai estetika dalam penyusunan sesuatu karya yang dihasilkan. Beliau menyatakan bahawa;
“The Constructivists dealt with such a wide range of material that anything was possible; wood, celluloid, nylon, Plexiglas, tin, cardboard and early form of plastic were used through a variety of constructing and joining methods from glue through a welding. As the century progressed, new material, construction and joining methods were used including aluminum, electronic components and chrome-plating”.
Seni arca sering kali dianggap seni yang mewakili keseluruhan aspek bentukan dan nilai-nilai simbolik atau makna. Dalam mengkaji kewujudan arca tidak dapat dinafikan pula tentang wujudnya ruang. Bentuk dan ruang adalah selari dan bersatu dengan eratnya. Kedua-dua unsur ini tidak boleh dipisahkan kerana arca wujud dikelilingi oleh ruang. Ia menjadi asas kepada seluruh kebudayaan. Oleh itu, kesan ruang dalam arca mengujudkan bentuk tiga dimensi. Manakala bentuk memerlukan ruang untuk dihayati.
Seni arca pada mulanya bersifat keagamaan dan pemujaan. Ia bermula sejak manusia wujud di dunia ini. Bukti tersebut didapati dari karya patung gading di dalam gua “Grotte de Lespange” dan patung “Venus of Willendorf” yang berusia beribu tahun lamanya. Seperti mana yang kita ketahui, unsur-unsur rekabentuk seni arca meliputi aspek ruang, bentuk, sudut penghayatan, permukaan bahantara, pergerakan serta tarikan graviti.
Seni arca ini juga boleh terapung di udara seperti karya Barlace atau diletakkan di atas tiang seperti karya Constantine BrancusiLecommencement Du Monde”. Keghairahan seni arca memasuki zaman moden ini dimulai oleh karya ‘mobile’ atau ‘kinetik’ iaitu, karya ciptaan Alexander Calder yang boleh bergerak dan seolah-olah berterbangan menari mengikut tiupan angin.
Sehubungan dengan itu, seni arca telah bermula sebagai seni yang dianggap sebagai tiga dimensi. Walau bagaimanapun, seni arca lebih tinggi dan flexible pengkaryaannya kerana ia diciptakan tanpa keperluannya. Selain dari itu seni arca tidak memerlukan asas atau “foundation”. Seni ini boleh dinikmati dari semua arah dan kadangkala boleh dibawa seperti patung “Netsuke Jepun”.

Zaman Renaissance

Selepas zaman Renaissance, seni arca menjadi begitu mundur daripada tanggapan umum kerana ia tidak dapat meniru dengan sempurna dan berkesan berdasarkan konsep ‘mimesis’ iaitu peniruan alam. Apabila seseorang menghayati karya seni, karya tersebut berkebolehan dimasuki ke dalam ruangnya sedangkan seni arca secara objektifnya bahan luaran kepada kita dan alam sekelilingnya. Berdasarkan format seni catan begitu kuat sekali, didapati bahawa seni arca yang dihasilkan ketika itu berusaha sedaya upaya meniru konsep seni catan, iaitu arca timbulan seperti karya Lorenzo Ghiberti, “Door of Paradise” penghasilan karya seperti itu bertujuan untuk mengujudkan ilusi dalam seni arca supaya ia dapat dikira sebagai seni catan.

Sepintas Lalu

Pada asasnya, aku rasakan ’Seni arca’ adalah satu cabang seni yang paling kompleks dan susah untuk dimengertikan dan seterusnya dihayati. Pada zaman Yunani, seni arca adalah seni yang dianggap paling tinggi nilainya daripada segala seni yang lain. Ia memerlukan bakat yang tinggi dalam penciptaannya dan kepekaan yang halus. Namun begitu pada zaman Renaissance pula, seni arca telah ketinggalan dan tempat ini telah digantikan dengan seni catan.
Kalau kita lihat dari sudut yang lebih luas, hasil seni yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat itu menggambarkan tinggi atau rendahnya tamadun yang dicapainya. Ini kalau boleh aku katakan ialah usaha bagi menguasai alam sekitar dan membina penghidupan yang harmoni dan stabil. Melaluinya, sesuatu masyarakat itu dapat menonjolkan identitinya yang tersendiri yang membezakannya dengan kelompok masyarakat yang lain. Cuba anda teka, kenapa ini boleh terjadi? Betul!!! ini kerana pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu dalam sesuatu masyarakat itu terbatas kepada alam sekelilingnya. Secara langsung unsur-unsur seni yang dihasilkan terbatas kepada pengalamannya. Macam aku, anda, rakan-rakan anda dan lain-lain, kita mempunyai pengalaman yang berbeza serta kehidupan persekitaran yang juga berbeza.
Sewaktu belajar, aku difahamkan bahawa seni halus adalah aspirasi seseorang individu yang dilahirkan melalui berbagai bentuk ciptaan atau pengkaryaan. Kepelbagaian ciptaan atau karya yang dihasilkan itu, lebih merupakan perkembangan dalaman atau rohaniah yang sukar ditetapkan dan dikesan. Kenapa? Ini kerana aspirasi dalaman seseorang ini, tidak akan terhurai selagi ia tidak dilahirkan dalam bentuk-bentuk seperti arca, lukisan, multimedia dan sebagainya. Jadi? Cam mana?
Tidak keterlaluan aku katakan bahawa, aku akan menggunakan istilah-istilah yang mungkin asing kepada mereka yang baru dalam bidang ini. Tetapi, bak kata pepatah.. ‘alah bisa tegal biasa’. Aku percaya anda akan dapat memahami dan mungkin boleh membuat rujukan pada pelbagai sumber, seperti blog, buku, kertas kerja atau melalui penyelidikan atau pembacaan yang anda jalankan sendiri.
Sewaktu belajar, aku akui yang aku tak pandai melukis dengan baik… cuma sedikit pengalaman sewaktu menuntut di Politeknik Ungku Omar dalam bidang seni bina diperingkat Sijil, banyak membantu aku untuk membuat pengkhususan dalam bidang Seni Arca ini…..Selama dua tahun di Politeknik Ungku Omar aku diajar teknik melukis serba sedikit, itu pun lebih kepada seni bina. Melihat kepada kepesatan media sosial ini, aku ingin berkongi pengalamanku dan pembacanku kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami bidang ini. Mungkin boleh membantu anda dalam memahami bidang ini secara am, dan amat mengalu-alukan adik-adik yang berminat untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan di institusi pengajian tinggi, sama ada dalam negara atau di luar negara. Bidang ini banyak menguji daya ketahanan metaliti dan sangat mencabar.
Belajar di menara gading ketika itu… bukan macam rakan-rakan perempuan ku yang lain… masih belum berpunya.. aku pula telah berkeluarga dengan empat orang cahaya mata yang sedang membesar… tak dapat dibayangkan, macam mana aku boleh lalui semua itu, Diploma selama tiga tahun dan menyambung pula ke peringkat Ijazah untuk dua tahun lagi…Pelbagai rintangan pahit manis aku lalui. Alhamdulliah ku lalui dengan pelbagai kenangan yang takkan dapat ku lupakan… Rindu suasana tersebut masih segar dalam ingatan…
Setelah hampir 15 tahun meninggalkan bidang ini, aku masih merindui saat-saat sebagai seorang pelajar…. Bila dikenangkan terasa diri ini masih muda lagi. Anak-anak pun dah besar semua dah belasan tahun sekarang. Saat itu dirasakan baru saja semalam aku tinggalkan menara gading tersebut yang telah memberi aku banyak pengalaman dan tunjuk ajar dari banyak pihak, khususnya para pensyarah serta rakan-rakan seperjuanganku. Terutama rakan-rakan dalam bidang seni halus seperti Afni, Jajie, Mariana, Yani dan ramai lagi. Memegang satus pelajar di ‘Menara Budi’ ini memang membolehkan kami membuat pelbagai xperimentasi…, syok sendiri pun selalu… cam ingat dah ok… hehehehehe. Rupa-rupanya kena jugak dengan pensyarah.

Wednesday, 12 February 2014

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku teruja untuk membuat blog tentang seni arca ini apabila melihat terdapat ruang-ruang yang boleh ku kongsi kepada pembaca sekelian. Aku dapati minat yang ditunjukkan terhadap seni arca ini telah mula berkembang. Kepesatan ini aku rasakan banyak dibantu oleh sosial media yang berkembang dengan pesatnya. Aku mula berkecimpung dalam bidang Seni Arca ini sewaktu menuntut di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM, Shah Alam sesi 98/99. Waktu tersebut amat kurang pelajar-pelajar perempuan yang nak major dalam bidang ini. Boleh dikatakan masa dalam class tu cuma 6 orang pelajar perempuan je.

Lama-kelamaaan masuk semester seterusnya, seorang demi seorang keluar, sebabnya tak boleh nak bawak dalam bidang ni. Akhirnya tinggal 4 orang pelajar perempuan je termasuk aku. Kiranya akulah yang paling otai. Budak-budak semua panggil Kak Ja. Sampaikan pensyarah pun ikut sama sekali panggil Kak Ja jugak. Rasa macam tua pulak. Kadang-kadang tertanya gak, napa erk ambik bidang nie??? Ni pasal tak cerdik dalam bidang-bidang lain lahtu... hehehehe. Mula-mula ingat macam tak boleh buat jee, tapi lama-kelamaan naik syok lak. Tambahan bercampur dengan budak-budak muda ni, bila disuruh buat welding ke, potong besi ke, grind ke semua takut. Paham-paham aje le budak perempuan selalunya nak control ayu and sopan depan budak lelaki. Aku apa lagi, bila disuruh akulah yang buat dulu. Aku tak payah nak control ayu pun, takde maknanya…..Aku dah berkeluarga. Itu yang budak-budak tu semua panggil “superwomen”.